CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 31, 2010

bismillahirrahmanirrahim~

semoga Allah selalu memberi kekuatan dan keteguhan untuk menempuh hidup..

"aku redha dengan Allah menjadi tuhanku, dengan Islam menjadi agamaku, dan dengan nabi Muhammad menjadi nabi dan rasulku"

dalam hidup kita bermasyarakat ni, kita tak boleh nak paksa smua orang akan bergerak, berfikir, melangkah dan melihat dengan cara yang sama..
dan kena redha, yang kita tidak ada daya dan upaya, kekuatan, kebolehan atau kemampuan untuk paksa orang lain bertindak mengikut acuan kita..
sesungguhnya Allah menciptakan manusia berbeza2, supaya kita dapat saling kenal mengenal dan bersyukur~

kita bertindak terhadap persekitaran berdasarkan apa yang kita percaya,
dan kepercayaan kita adalah satu asas yang telah terbentuk, berdasarkan apa yang kita biasa~
dan reaksi manusia selalunya berbeza2..
bergantung kepada apa yang menjadi kebiasaan pada mereka..

sbb sikap dan perangai itu, adalah faktor dalaman..
yang mewarnai rupa luaran seseorang..
bila dalaman itu kuat, maka lahiriah pun akan menjadi kuat..
dan bukan sebaliknya..

kita perlu kepada satu kepercayaan yang teguh, benar, dan rasional..
kerana atas kepercayaan inilah, kita menilai hidup..
kita memilih untuk percaya,
dan kita bertanggungjawab atas pilihan tersebut..

semoga Allah pimpin hati-hati ini, kejalan yang benar..

..sungguh, tak layak kesyurgaNya, tapi x sanggup ke nerakaNya..

......

No comments: